KOTA BELUD: Seramai 25 orang dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir di Pusat Peranginan Polumpung, Kampung Melangkap Baru, di sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung bencana banjir itu pada jam 6.28 petang semalam.
Susulan itu sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bergegas ke lokasi bagi operasi penyelamatan.
"Kesemua 25 orang terperangkap di dalam banjir kerana jalan raya dinaiki air dan kereta tidak dapat melaluinya.
"Pasukan bomba kemudian bertindak membuat pemeriksaan kawasan yang dinaiki air dan memeriksa keadaan mangsa serta memberi nasihat untuk ke tempat yang selamat," katanya.
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF MENGENAI BANJIR DI SINI!
Tambah beliau, operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir dijalankan pada jam 6 pagi dengan menggunakan sistem hauling.
"Kesemua 25 orang mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan selamat dan ditempatkan sementara di homestay berhampiran serta ada keluarga mangsa datang menjemput," ujarnya.
Menurut beliau, keadaan air sudah semakin surut namun masih terdapat enam buah kenderaan pelbagai jenis milik mangsa masih terperangkap.
Operasi terkawal pada jam 7.35 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi.
Mirlen Axtius
Fri Dec 23 2022
Operasi mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir dijalankan pada jam 6 pagi dengan menggunakan sistem hauling. - Foto JBPM Sabah
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.
Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.
Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut.
69 mangsa banjir di dua PPS Sabah
Sebanyak 39 kawasan di Kota Belud dan 10 kawasan di Sipitang masih terjejas akibat banjir.